Pengenalan
BEST EVENTS ENTERPRISE (BEST EVENTS) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 November 2008 merupakan sebuah perniagaan perkongsian. Perniagaan kini beroperasi di J56A, Ground Floor, The Summit Batu Pahat, 88, Jalan Bakau Condong, 83000 Batu Pahat, Johor .Sebagai perundung majlis, BEST EVENTS terlibat di dalam kerja-kerja menguruskan majlis-majlis rasmi serta karnival anjuran sektor kerajaan atau NGO. Di samping itu, BEST EVENTS turut menyediakan beberapa perkhidmatan menganjurkan seminar keushawanan kepada pelajar sekolah , IPTA dan sebagainya. Biarpun ia baru didaftarkan secara rasmi, perniagaan ini telah dimulakan sejak setahun yang lalu oleh pemilik.
Pemilik juga telah menyertai Program Kursus Asas Keusahawanan Siswa anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan melalui Pusat Tekno dan Usahawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi tujuan meningkatkan lagi kemahiran pengurusan dan keusahawanannya. BEST EVENTS telah menunjukkan prestasi yang agak baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Namun begitu perkembangan dan permintaan yang tinggi ini menyebabkan BEST EVENTS mengalami masalah kewangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
Adalah menjadi hasrat perniagaan untuk turut serta di dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara yang sedang bergerak ke arah yang positif sejak kebelakangan ini. Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan di dalam mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Memandangkan bidang ini mempunyai potensi dan berdaya maju, BEST EVENTS bercadang untuk meningkatkan kapasiti perniagaannya dengan menambahkan bilangan permintaan dan keperluan program serta modal pusingannya melalui pembiayaan MARA Melalui pembiayaan ini BEST EVENTS akan turut meningkatkan kapasiti perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih banyak menumpukan kepada pelanggan golongan usahawan dan pelajar sekolah serta masyarakat setempat.








0 Response to "Pengenalan"
Post a Comment